Sulong bin Abdul Kadir

Haji Sulong bin Abdul Kadir telah dilahirkan pada satu keluarga yang kaya dan terpelajar di Kampong Anak Rhu, (kemudian dinamakan oleh kerajaan Thailand sebagai “Lukson”) Monthon Pattani. Ketika berusia 7 tahun, dia melihat penangkapan Tunku Abdul Kadir Kamaruddin, raja terakhir Patani, oleh kerajaan Siam kerana menentang polisi pusat Chulalongkorn yang menukar negeri Patani kepada unit jajahan di bawah pemerintahan langsung oleh Siam.